Mar 10, 2014

Pray for MH370



Assalamualaikum.
Bismillahirahmanirahim.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..
Itu yang di alami oleh pihak keluarga penumpang dan anak 12 anak kapal MH370.
Sebak setiap kali mengikuti perkembangan tengok berita dan newspaper pasal kehilangan MH370. Apatah lagi pihak keluarga mereka.
Semoga keluarga semua penumpang dan 12 anak kapal MH370 tabah dan sabar.
Doa. mintak pada Nya semoga semuanya selamat.

Kita tidak akan di duga melebihi kemampuan kita.
kita di uji kerana Dia sayang kita.
Kita di uji kerana Dia rindu untuk dengar kita menangis..meminta..merintih pada Nya.. :)
kita di uji kerana Dia rindu kita.
Kita di uji kerana Dia sayng kita. :)


wherever it may be..
pray for the MH370


Mar 9, 2014



Assalamualaikum...
Bismillahirahmanirahim..

Bila keinginan untuk menolong itu tiada..
Berbagai  bagai bagai alasan yang kita bagi..
Tak ok laa, terlupa la, tertinggal laa, rosak, tiada, tak jumpa.  
Meskipon ianya ada di depan, di  sebelan tangan kiri/kanan kita.
Ok. Fine.
Alasannya tetap negative.
Lumrah hidup manusia.
Penuh dengan alasan.
Alasan itu ada dalam setiap diri manusia.
Bila semua ni happen kat diri kita, pasti rasa sedih, geram, kecil hati tu menjengah.
Walaupon sedikit. Walaupon tika itu cuba sedaya upaya untuk positive kan diri, bersangka baik.
Pasti sedikit rasa itu ada. Pasti.
Mesti jadi kuat. Mesti.
Insyaallah. :)

Mar 5, 2014

Baucer buku sudah di tangannn :)

Assalamualaikum...

Bismillahirahmanirahim..

Lama kaki tidak melangkah ke UiTM Machang..
Today i'm going to UiTM Machang again after 2 years.
Banyak yang tak berubah.
1001 kenangan tercipta di situ..perit jerih suka duka semua ada. Rindu.
Terlalu banyak hal dan perkara yang tersemat di hati.
Di situ aku jumpa kawan. kenal kawan. bersahabat. tahu beza antara kawan, sahabat, kawan karib, ikhlas, "plastik @ kaca" dan macam-macam.
Nasi kukus sigai..nasi ikan keli cili padi..megggi sup..foodcourt. fries..rojak buah kedai ayah..kolej.. fesko..persatuan..brass band..meeting..kelas..print itu print ini..program..fesko..:)

Sungguh aku rindu suka duka jerit perih sepanjang bergelar pelajar di situ. :)
Ada yang kita nak ingat sampai bila bila bila.
Ada yang mahu ditinggalkan di belakang jauh-jauuuh sampai kelibat dan bayang pon takkan dapat dilihat. Tidak mahu berpaling.
Yes! For sure ada.

Dan. Terima kasih Tuhan untuk segala.
Kau buangkan segala rasa yang sememangnya tidak perlu walau sedikit untuk yang bukan halal.
Kau tenangkan aku dengan pelbagai cara tanpa aku sedar.
Sedarkan aku. what i can say now he's no longer in my life. yes!
Alhamdulillah..Alhamdulillah Ya Allah..


BB1M (Baucer Buku 1 Malaysia) 
Yeayyyy dah dapat baucer buku!
Terima kasih kerajaan Malaysia.
UiTM Machang.
:)

Related Posts with Thumbnails